19 Mac 2011

penghuni terhormat di kaki lima

Hari ni member kejutkan gua dari mimpi di tengah hari, wey bangunlah. Dah sejam budak2 tu tunggu. Aku celik mata, tengok member aku sambil bertuala berdiri tegak macam polis trafik. Aku tengok jam dekat henset aku, pukul 3.40 lebih. Tadi hujan patutlah aku tak sedar langsung. Tambah pulak hari ni sabtu. Tido tak ingat dunia! Selagi matahari tak tegak atas kepala, jangan harap la nak bangun. Ni kalu bantal aku bleh cakap, mesti aku dah kena maki hamun. “ mamat ni tido tak ingat dunia.. kalu aku ade kuasa dah lama aku fire bagi dia celik” kate si bantal. Si tilam plak menyampuk “ relek tal, ko serah je aku. Tak payah guna cara kasar, tak baik tal. Lagipun dia bukan orang lain, tuan ko jugak. Buatnya dia tido tak bangun2, sape lagi nak guna kite. Berumah dalam tong gelap la jawabnya.”( setan bantal ngan tilam ni nak bising2 plak)

Tapi kalu betul2 benda2 alah ni buleh cakap, aku rase 6.30 pagi aku dah terpacak bangun! Kalau kat umah puan Hashimah selalu marah kalu aku bangun lambat. Setiap kali dia kejutkan aku, aku akan jawab” owoh mok, macam la baru hari ni mok kenal pi. 22 tahun doh kang mok besorkan pi.”( pejam mate sambil senyum2 kat mak aku). Kat umah puan Hashimah memang dah masak sangat dengan perangai aku. Masak asam pedas, masak kicap, masak cili api. Bak kate sume masakkan lah, sume mak tau dah. Lain pulak dengan encik Sidek. “bang, bangun!!” suara dia bagaikan halilintar memanah bumi. Macam kilat berdentung di langit. Sepantas kilat aku bangun capai tuala. Tak cakap banyak! Bukan aku saje malahan sume adik-beradik aku pun bile dengar suara ayah aku, cepat2 bangun.

Sebenarnya aku ade discussion pasal projek air untuk kelas konservasi air. Aku dah amik subjek ni sem lepas tapi ni sume atas permintaan budak perempuan yang mahukan aku tolong buatkan projek untuk diorang, aku terpaksalah.( sebenarnya iklas nak tolong).hehe. Janji melayu pukul 3, pukul 4 baru sampai.

Pukul 5 plak ade kelas ganti tennis. Sem ni aku amik ko tennis. Macam celaka main sukan ni. Nampak cam senang tapi susah nak mampus sebenarnya. Kalau nak ikutkan main galah panjang waktu kecik2 dulu dengan main tennis, lagi senang main galah panjang. Duit pun tak habis. Ni main menatang sukan ni punyala susah. Bukan tak pandai tapi susah. paham tak susah! Try r main kalu tak percaya. Tapi dalam ramai2 pelajar yang amik ko tennis, aku la yang lebih hebat sikit dari budak2 yang lain. (tipu, jangan percaya).

Balik kelas terus pergi pasar malam. Tg malim punya pasar malam memang kaw2 la. kalau korang pergi same member 2 3 orang, pastikan tengok belakang sebab kebarangkalian member ko akan hilang adalah tinggi. Kalau bawak air soya dalam plastik, silap hari bulan boleh pecah. (tipu) Aku memang suka pegi pasar tg malim ni sebab sambil2 tengok barang, beli barang makanan seposen dua, dapat cuci mate. Kebanyakan budak2 upsi memang suka pergi pasar ni. Kadang2 aku tengok diorang takde beli pape pun. Jalan2 je lebih. Dan aku paling benci bila jumpa kawan2 kat pasar lepas tu diorang akan tanya soalan cepu gangsa macam ni “pi, mari jalan pasar malam ke?”. Wadepak, dah terang2 aku dalam pasar tak kan nak pergi clubbing kot. Hantu betol soalan. Aku apa lagi, jawapan mesti menusuk kalbu punya. “ eh taklah, aku nak pergi jalan2 mid valley, tak tau macam mane boleh tersesak sampai sini” kah! Kah! Padam muka.

ok, selesai sudah intro! (merapu je lebih)

Sebenarnya, semasa aku dekat pasar tg malim tadi aku tertarik dengan pemintak sedekah. Kadang2 aku terpikir macam  betol2 kasihan kat orang pemintak sedekah ni. Sebab aku tengok orang2 kat situ macam tak pedulikan je mereka2 ni. Macam kat pasar tg malim tadi, encik pemintak sedekah tu duduk kat tengah2 laluan, orang boleh buat dek je. Dalam bakul ada 20 sen. Beli kerangka ayam sama air cendol habis jugak kat 4 ringgit. Tu belum campur beli nasi kerabu sama keropok. Kurang2 terbang jugak wang kaler merah 2 keping. Tu jenis yang berjimat pegi pasar malam. Jenis yang gile vavi, mahu diangkut sume makanan yang ada kat dalam pasar malam tu. Kena hari baik, anak makcik yang jual keropok pun buleh kena angkut sekali. tak kang satu hinggit tak bleh nak kasi kot. takleh kasi, 20 sen pun cukup la brader, awek2, puan, tuan, abang2, akak2, makcik n pakcik2 sekalian.

Aku pun hulurla wang kertas seringgit. Nak hulur banyak2, nanti orang kate aku ni terlebih alim plak. Aku hulur tadi pun dah kena sound kat member aku. “eleh, nak tunjuk baik la tu”. Aku malas nak layan. Karang kalu aku hulur wang 50, mau pengsan sume makcik2 yag duk jual kat pasar tu. Takpe, hati kena iklas. Maklumlah, encik Sidek belum bank in duit lagi. Kena fikir jugak. Sebulan lagi aku duduk kat tg malim ni. Duit dalam bank plak dah sampai petanda E. Sekarang ni pun makan sekali sari je. 


Ok, bab2 sedih pasal diri aku, biar aku je rase, takpe. Ni nak cite pasal pemintak sedekah. Pengemis ngan pemintak sedekah sama ke?aku rase pemintak sedekah ni mulia sket dari pengemis. Pemintak sedekah ni macam orang yang kurang upaya, orang yang cacat(oku), kurang berkemampuan melakukan kerja, miskin. Sebab tu dia mencari sumber rezeki dengan cara mintak sedekah. Mungkin pengemis jugak sama seperti pemintak sedekah. Sebab bukah sahaja di pasar mereka mengemis tetapi di kaki lima, kaki enam, kaki ayam. (merepek)

Macam mana dengan brader2 yang main gitar, nyanyi lagu awie, lepas tu mintak sumbangan iklas dari orang ramai? Tu dikira mintak sedekah jugak ke? Kalu pakcik yang main trompet sambil pakai songkok dengan ciri2 buta jelas nampak di wajahnya aku tak kate la sebab mungkin itu saje kemampuan dia untuk menarik minat orang ramai. Tambahan pula dia buta, nak buat macam mana kan. 

Tapi tak boleh nak salahkan jugak brader yang main gitar tu sebab mungkin dia saje nak cari pendapatan lebih dengan kelebihan yang dia ade. Nak nyanyi kat majlis kahwin, tak laku. Nak nyanyi kan kelab malam, terang2 dah kena reject. Haha. Tapi aku tabik brader2 ni sume. Aku rase mereka sebenarnya bukan pemintak sedekah tapi mereka adalah penghibur jalanan yang menghiburkan orang2 ramai. Rezeki masing2. Cuma kita sebagai 1 Malaysia perlulah membantu mereka yang lemah. Walau kaya skali mane pun kita, Allah nak tarik kekayaan kite tu dalam satu saat je boleh. Pada mereka yang kurang berupaya ni, bantu2 la mereka. Hulur2 la yang mana ade. Tak dapat hulur banyak, kite hulur sikit pun jadi la. Aku tak kate yang aku ni baik sangat cuma kadang2 aku kasihan tengok pemintak sedekah ni. Aku bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga yang cukup makan, cukup pakai dan cukup sifat. Cuba bayangkan kalau korang berada di tempat meraka, ape perasaan korang?

Aku cukup suka peribahasa ni “ jangang selalu mendongak ke atas, sekali skala kite kena tengok bawah jugak” ( betol ke bunyinya macam ni ). Maksudnya, time jalan tu jangan selalu tengok atas, tersepak batu karang, jatuh! Kalu tempat takde orang tak pe la. Lu buleh la maki hamun batu tu. Tempat ramai orang, kena gelak kat awek la jawabnya! Malu bro. hahaha. Muka hensem jalan sepak batu. Macam budak darjah satu. Budak darjah satu pun tau jalan kena tengok ke depan.

So, moralnya di sini, sape ke mereka, pengemis ke, pemintak sedekah, pekerja kilang, pak cik guard, doktor, cikgu, pekerja kontark, bangla2 keje mydin, makcik cleaner, kerani, mat despet, penebar roti canai dan segala pekerjaan mereka kat atas muka bumi ni, kite sebagai manusia perlulah tunjukkan sifat hormat kat mereka. Sape lagi yang nak tunjuk sifat baik kat mereka ni melainkan kite sume. Tak kan nak suruh binatang kot. Takde masenya encik lembu nak hormat kat kite. Lagi dia berak kat depan umah aku adala. Cilakak punya encik lembu! Aku jugak yang kena sodok buang. ( masa aku kecik2 dulu)

Mereka sume same insan seperti kita. mereka jugak ingin merasa bahagia. walaupun kadang2 mereka memilih untuk lari dari kehidupan realiti sehinggakan mereka terdampar di satu sudut yang sepi.
Lemparlah rasa sedikit simpati kat meraka supaya perut meraka terisi. mereka juga punya hati seperti kita. Hulurkan secubit kasih agar meraka dihormati walaupun mereka penghuni terhormat di kaki lima...

p/s--lepas ni kalau korang jalan2 kat mane2, jumpa pengemis or orang yang mintak derma, mintak sedekah, hulurkan la yang mana patut. tak sikit pun, banyak tak pe. pahala besar tolong orang2 yang tak berkemampuan ni.





1 ulasan:

  1. Menarik! Memang kat pasar malam tg malim sgt ramai pengemis.. Nape tak try siasat sama ada dorg dihatar oleh sendiket atau atas kehendak sendiri? Dan lagi satu, kalau takde pasar tu, kat mana mereka boleh dapat duit.. Persoalan yang sejak dulu ade dalam kepala.. Dan yang paling penting, walau siapa pon mereka,dari mana asal mereka, kita tetap kena hormati sebab kita kan manusia.. Kalau bukan manusia, siapa lagi nak hormati manusia lain kan? ;)

    BalasPadam