21 Februari 2011

pilihan yang tepat..mengapa perlu pilih CIKGU sebagai calon isteri??

1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.



5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)



Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).



Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu



2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.



Sekejap.

Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited.



Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?

(sambil asah pensel dan pisau di tepi)



3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?



Nak berpeleseran?

Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.



4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.

Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.

Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.

Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?



Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.



Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?



Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.



5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.



Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)



6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?



Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!



Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

13 Februari 2011

maafkan saya....


Kata orangg, bile seseorg tu ade depan mate kite, kite x pernah nak menghargainya tetapi, bile org tu sudah x ada di sisi kite laig atau sudah dimiliki, barulah kite terasa akan kehilangnya.. btol kan?


Mase tu baru lah kite akan terpikir, kenapa dulu aku x jage dia btol2? Knp aku biarkan dia keseorangan menghadapi segala masalah? Kenapa aku xde ketika dia sedih tp dia ade je time aku sedih? Kenapa aku biarkan dia dalam masalah sedangkan masalah aku dia la orang first yang amik tau, yang risaukan pasal aku.. kenapa time aku sakit dia selalu tanye aku.. dah mkn ubat? Jage kesihatan awk.. tapi time dia sakit aku xtau pun! Dia menangis sebab aku, kecewa disebabkan aku..ya Allah, Kejamnya aku..


Memang aku yg patut dipersalahkan sebab x menghargai orang yg benar2 syg kat aku.. dia tulus..aku? mmg aku syg kt dia tapi kenapa aku xleh nak blas sayang aku kat dia sebagaimana dia bagi kasih sayangnya kat aku..

Aku x minta peluang ke 2 untuk di kasihi olehnya sebab aku xnk air mata dia mengalir lagi disebabkan aku.. anggaplah perkasihan antara kite cuma satu persinggahan sementara dalam berkasih sayang.. aku xdapat nak mmbahagiakan dia seperti mana yg diminta olehnya..
Lepas ni, if pintu hati saya telah ditembusi oleh seorang wanita, saya promise akan jage dia betul2, akan syg dia betul2, akan cinta dia betu2.. hingga ke akhir hayat saya.. saya tau, sebelum saya knl awak, saya bukan seorang lelaki yang baik..tapi bile saya dah kenal awk, awak banyak mengajar say erti ksh sayang yang sebenar.. mungkin antara kite xde jodoh.. u always tell me yang saya ni x matang..haha..i accept it! That true..saya memang xmatang macam awak.. sebab tu saya xboleh sayangkn awak sebagaimana awak sayangkn saya..

the end of conversation, maafkan sy awak...


p/s--smiled its the means word..

12 Februari 2011

nk EPAL!!



sedap epal tu kan. dapat sekali ngn tuan punya epal tu lagi sedap..hehe. pagi ni mood baik nk menulis. mata xboleh nak pejam. pusing kanan, pusing kiri, ingat awek lame, kira 1 sampai sejuta.. semuanya aku dau cuba tapi gagal. gila punya gagal tau, exam x pernah gagal macam ni..jadi aku meRAJINkan diri aku untuk menulis di hening pagi yang indah,sambil mendenga lagu2 yang jiwang + sikit lagu hindustan( ubat tido beb). aku rasa ni kes penangan air kopi romate aku ni sampai aku xboleh nk tido..gile sedap air tu.. kredit la kat romate aku ni bab2 buat air..i salute u lah bro..tabik spring! tap sies dia memang terror buat air.. hari ni ahad kan so boleh tido sampai kul 3 sebab kul 3.30 dh kena bangun. ada frendly match today. lawan sekolah menengah agama slim river..konpem kau2 la budak2 sekolah ni kena belasah.. haha..sape suh pandang upsi sebelah mata.. lain kali nk match, ajak la skol same skol..budak2, nak kena tunjuk ajar baru diorang reti.. kalau x, sampai ke besar pun berak basuh x cuci..ada kaitan ke? arghh, lantaklah, yang penting x sepuluh, sedozen team aku bagi nanti.. keh! keh!

erm.....hilang idea..shit! pasal lagu hindustan la ni..cukup la sampai sini.. mata aku dah bagi isyarat awal ni.. tadi xnk ngantuk, aku baru je nk menulis mulalah dia duk terpejam2,terhayal2..cinabeng betol mata ni...nasib mata, lau member aku tadi dah lama masuk spital wad 3..:)  'tido lu neh, ngatok ngat doh.. koho berat mata ning..gini r, nulis sket mula r ngatuk..macam bace buku gok'...hahaha..versi ganu bhai.. paham kn..saya tau awak sume budak pandai..( mata ke atas,tangan ke dada)..

p/s penaja-- hidup mesti lepak, study biar gempak, tido jangan hapak! pesanan wadepak....
                  
pergi ke pekan jumpa hantu gigi,
selamat pagi...
hantu gigi guna ubat gigi pakai daun selasih,
sekian terima kasih...

7 Februari 2011

sahabat

Dalam dunia ini, kita tak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia…
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa diri kita dikhianati apabila sahabat kita memungkiri janjinya. Kita tak pernah beri dia peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Kita hamburkan ayat-ayat pedas kita tanpa mengira perasaannya. Kita tolak ke tepi segala alasan yang diberikannya pada kita. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Oh…manusia mudah lupa…kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana janji kita yang tidak ditepati…kita beri dia beribu-ribu alasan, kita paksa dia menerima alasan kita…
Waktu itu, langsung tidak terfikir bagaimana perasaan dia. Kecewakah dia? Marahkah dia? Ah…yang penting, kita puas…kita terus lupa, yang dia juga seperti kita…punya perasaan…dia juga tahu erti kecewa tetapi kita sering terlupa!
Teman sekalian…
Untungnya andai punya sahabat yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita suka atau duka…
Dia mendengar segala keluh kesah kita. Kita luahkan segala suka dan duka kita pada dia…walau panjang sekali luahan atau cerita kita padanya, dia tetap terus setia menjadi pendengar yang prihatin…terus mendengar dan mendengar…
Selalunya kita leka bercerita tentang diri kita sampai kita lupa bahawa dia juga punya cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita menenangkan sahabat kita seperti mana dia menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita apabila mendengar cerita gembiranya seperti mana dia tekun mendengar kisah kita?
Mampukah kita menjadi inspirasi kepada dia seperti mana dia selalu meniupkan semangat kekuatan buat kita apabila kita berasa kecewa dan menyerah kalah?
Mampukah kita???
Sesekali jadilah teman yang mendengar dari hanya bercerita…
Ambillah masa untuk menyelami hati dan perasaan sahabat kita kerana dia juga seperti kita…insan biasa yang tak lepas dari rasa sedih, kecewa, gembira, marah dan sebagainya…
Dia juga ada kelemahan tersendiri yang kadang-kadang antara kita sedar atau tidak. Dia juga memerlukan kawan sebagai kekuatan untuknya melayari kehidupan yang penuh dengan suka dan duka…
Kita selalu melihat dia ketawa, terbayang-bayang wajah gembira dia…tapi sedarkah kita, mungkin di sebalik tawa-ria itu terselit satu kedukaan di hatinya? Mungkin juga dia tak setabah yang kita sangkakan? Siapa tahu…
Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…
Tetapi, jika kita cuba menjadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu…
Teman…
Indahnya andai punya sahabat seperti itu…tetapi, masih adakah seorang sahabat begitu? Yang setia tak kira suka atau duka…
Namun, teman…
Sahabat yang benar-benar sejati memang payah untuk dicari…
Yang setia tika suka dan duka. Bergembira bersama dan berduka pun tetap bersama…bukan bila berduka, semua lari…bila suka, baru cari…
Ruginya andai punya sahabat begitu…
Jadi,
Pilihlah sahabat yang benar-benar layak bergelar sahabat…
Pencarian tak semudah yang disangka. Mengambil masa yang lama andai kita inginkan yang sempurna…
Akhir kata,
Muhasabah diri kita kembali. Layakkah kita bergelar sahabat?
Dalam perjalanan yang masih belum selesai ini, saya juga bukanlah seorang sahabat yang sempurna...
Masih banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadikan saya seorang sahabat yang benar-benar layak digelar seorang sahabat…kerna, saya hanyalah manusia biasa… yang banyak kelemahan dan kekurangan tersendiri...

1 Februari 2011

catatan sanubari...

Ya Allah... . Seandainya telah engkau catatkan... Dia
milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami... . agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan
miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... . Luputkanlah ia dari
ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan... .

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... . Berikanlah aku
kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... .
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... . kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang solehah...