19 Mac 2011

penghuni terhormat di kaki lima

Hari ni member kejutkan gua dari mimpi di tengah hari, wey bangunlah. Dah sejam budak2 tu tunggu. Aku celik mata, tengok member aku sambil bertuala berdiri tegak macam polis trafik. Aku tengok jam dekat henset aku, pukul 3.40 lebih. Tadi hujan patutlah aku tak sedar langsung. Tambah pulak hari ni sabtu. Tido tak ingat dunia! Selagi matahari tak tegak atas kepala, jangan harap la nak bangun. Ni kalu bantal aku bleh cakap, mesti aku dah kena maki hamun. “ mamat ni tido tak ingat dunia.. kalu aku ade kuasa dah lama aku fire bagi dia celik” kate si bantal. Si tilam plak menyampuk “ relek tal, ko serah je aku. Tak payah guna cara kasar, tak baik tal. Lagipun dia bukan orang lain, tuan ko jugak. Buatnya dia tido tak bangun2, sape lagi nak guna kite. Berumah dalam tong gelap la jawabnya.”( setan bantal ngan tilam ni nak bising2 plak)

Tapi kalu betul2 benda2 alah ni buleh cakap, aku rase 6.30 pagi aku dah terpacak bangun! Kalau kat umah puan Hashimah selalu marah kalu aku bangun lambat. Setiap kali dia kejutkan aku, aku akan jawab” owoh mok, macam la baru hari ni mok kenal pi. 22 tahun doh kang mok besorkan pi.”( pejam mate sambil senyum2 kat mak aku). Kat umah puan Hashimah memang dah masak sangat dengan perangai aku. Masak asam pedas, masak kicap, masak cili api. Bak kate sume masakkan lah, sume mak tau dah. Lain pulak dengan encik Sidek. “bang, bangun!!” suara dia bagaikan halilintar memanah bumi. Macam kilat berdentung di langit. Sepantas kilat aku bangun capai tuala. Tak cakap banyak! Bukan aku saje malahan sume adik-beradik aku pun bile dengar suara ayah aku, cepat2 bangun.

Sebenarnya aku ade discussion pasal projek air untuk kelas konservasi air. Aku dah amik subjek ni sem lepas tapi ni sume atas permintaan budak perempuan yang mahukan aku tolong buatkan projek untuk diorang, aku terpaksalah.( sebenarnya iklas nak tolong).hehe. Janji melayu pukul 3, pukul 4 baru sampai.

Pukul 5 plak ade kelas ganti tennis. Sem ni aku amik ko tennis. Macam celaka main sukan ni. Nampak cam senang tapi susah nak mampus sebenarnya. Kalau nak ikutkan main galah panjang waktu kecik2 dulu dengan main tennis, lagi senang main galah panjang. Duit pun tak habis. Ni main menatang sukan ni punyala susah. Bukan tak pandai tapi susah. paham tak susah! Try r main kalu tak percaya. Tapi dalam ramai2 pelajar yang amik ko tennis, aku la yang lebih hebat sikit dari budak2 yang lain. (tipu, jangan percaya).

Balik kelas terus pergi pasar malam. Tg malim punya pasar malam memang kaw2 la. kalau korang pergi same member 2 3 orang, pastikan tengok belakang sebab kebarangkalian member ko akan hilang adalah tinggi. Kalau bawak air soya dalam plastik, silap hari bulan boleh pecah. (tipu) Aku memang suka pegi pasar tg malim ni sebab sambil2 tengok barang, beli barang makanan seposen dua, dapat cuci mate. Kebanyakan budak2 upsi memang suka pergi pasar ni. Kadang2 aku tengok diorang takde beli pape pun. Jalan2 je lebih. Dan aku paling benci bila jumpa kawan2 kat pasar lepas tu diorang akan tanya soalan cepu gangsa macam ni “pi, mari jalan pasar malam ke?”. Wadepak, dah terang2 aku dalam pasar tak kan nak pergi clubbing kot. Hantu betol soalan. Aku apa lagi, jawapan mesti menusuk kalbu punya. “ eh taklah, aku nak pergi jalan2 mid valley, tak tau macam mane boleh tersesak sampai sini” kah! Kah! Padam muka.

ok, selesai sudah intro! (merapu je lebih)

Sebenarnya, semasa aku dekat pasar tg malim tadi aku tertarik dengan pemintak sedekah. Kadang2 aku terpikir macam  betol2 kasihan kat orang pemintak sedekah ni. Sebab aku tengok orang2 kat situ macam tak pedulikan je mereka2 ni. Macam kat pasar tg malim tadi, encik pemintak sedekah tu duduk kat tengah2 laluan, orang boleh buat dek je. Dalam bakul ada 20 sen. Beli kerangka ayam sama air cendol habis jugak kat 4 ringgit. Tu belum campur beli nasi kerabu sama keropok. Kurang2 terbang jugak wang kaler merah 2 keping. Tu jenis yang berjimat pegi pasar malam. Jenis yang gile vavi, mahu diangkut sume makanan yang ada kat dalam pasar malam tu. Kena hari baik, anak makcik yang jual keropok pun buleh kena angkut sekali. tak kang satu hinggit tak bleh nak kasi kot. takleh kasi, 20 sen pun cukup la brader, awek2, puan, tuan, abang2, akak2, makcik n pakcik2 sekalian.

Aku pun hulurla wang kertas seringgit. Nak hulur banyak2, nanti orang kate aku ni terlebih alim plak. Aku hulur tadi pun dah kena sound kat member aku. “eleh, nak tunjuk baik la tu”. Aku malas nak layan. Karang kalu aku hulur wang 50, mau pengsan sume makcik2 yag duk jual kat pasar tu. Takpe, hati kena iklas. Maklumlah, encik Sidek belum bank in duit lagi. Kena fikir jugak. Sebulan lagi aku duduk kat tg malim ni. Duit dalam bank plak dah sampai petanda E. Sekarang ni pun makan sekali sari je. 


Ok, bab2 sedih pasal diri aku, biar aku je rase, takpe. Ni nak cite pasal pemintak sedekah. Pengemis ngan pemintak sedekah sama ke?aku rase pemintak sedekah ni mulia sket dari pengemis. Pemintak sedekah ni macam orang yang kurang upaya, orang yang cacat(oku), kurang berkemampuan melakukan kerja, miskin. Sebab tu dia mencari sumber rezeki dengan cara mintak sedekah. Mungkin pengemis jugak sama seperti pemintak sedekah. Sebab bukah sahaja di pasar mereka mengemis tetapi di kaki lima, kaki enam, kaki ayam. (merepek)

Macam mana dengan brader2 yang main gitar, nyanyi lagu awie, lepas tu mintak sumbangan iklas dari orang ramai? Tu dikira mintak sedekah jugak ke? Kalu pakcik yang main trompet sambil pakai songkok dengan ciri2 buta jelas nampak di wajahnya aku tak kate la sebab mungkin itu saje kemampuan dia untuk menarik minat orang ramai. Tambahan pula dia buta, nak buat macam mana kan. 

Tapi tak boleh nak salahkan jugak brader yang main gitar tu sebab mungkin dia saje nak cari pendapatan lebih dengan kelebihan yang dia ade. Nak nyanyi kat majlis kahwin, tak laku. Nak nyanyi kan kelab malam, terang2 dah kena reject. Haha. Tapi aku tabik brader2 ni sume. Aku rase mereka sebenarnya bukan pemintak sedekah tapi mereka adalah penghibur jalanan yang menghiburkan orang2 ramai. Rezeki masing2. Cuma kita sebagai 1 Malaysia perlulah membantu mereka yang lemah. Walau kaya skali mane pun kita, Allah nak tarik kekayaan kite tu dalam satu saat je boleh. Pada mereka yang kurang berupaya ni, bantu2 la mereka. Hulur2 la yang mana ade. Tak dapat hulur banyak, kite hulur sikit pun jadi la. Aku tak kate yang aku ni baik sangat cuma kadang2 aku kasihan tengok pemintak sedekah ni. Aku bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga yang cukup makan, cukup pakai dan cukup sifat. Cuba bayangkan kalau korang berada di tempat meraka, ape perasaan korang?

Aku cukup suka peribahasa ni “ jangang selalu mendongak ke atas, sekali skala kite kena tengok bawah jugak” ( betol ke bunyinya macam ni ). Maksudnya, time jalan tu jangan selalu tengok atas, tersepak batu karang, jatuh! Kalu tempat takde orang tak pe la. Lu buleh la maki hamun batu tu. Tempat ramai orang, kena gelak kat awek la jawabnya! Malu bro. hahaha. Muka hensem jalan sepak batu. Macam budak darjah satu. Budak darjah satu pun tau jalan kena tengok ke depan.

So, moralnya di sini, sape ke mereka, pengemis ke, pemintak sedekah, pekerja kilang, pak cik guard, doktor, cikgu, pekerja kontark, bangla2 keje mydin, makcik cleaner, kerani, mat despet, penebar roti canai dan segala pekerjaan mereka kat atas muka bumi ni, kite sebagai manusia perlulah tunjukkan sifat hormat kat mereka. Sape lagi yang nak tunjuk sifat baik kat mereka ni melainkan kite sume. Tak kan nak suruh binatang kot. Takde masenya encik lembu nak hormat kat kite. Lagi dia berak kat depan umah aku adala. Cilakak punya encik lembu! Aku jugak yang kena sodok buang. ( masa aku kecik2 dulu)

Mereka sume same insan seperti kita. mereka jugak ingin merasa bahagia. walaupun kadang2 mereka memilih untuk lari dari kehidupan realiti sehinggakan mereka terdampar di satu sudut yang sepi.
Lemparlah rasa sedikit simpati kat meraka supaya perut meraka terisi. mereka juga punya hati seperti kita. Hulurkan secubit kasih agar meraka dihormati walaupun mereka penghuni terhormat di kaki lima...

p/s--lepas ni kalau korang jalan2 kat mane2, jumpa pengemis or orang yang mintak derma, mintak sedekah, hulurkan la yang mana patut. tak sikit pun, banyak tak pe. pahala besar tolong orang2 yang tak berkemampuan ni.





17 Mac 2011

cinta monyet dan sekolah

Cinta monyet memang sinonim kan dengan zaman sekolah. Waktu bercinta mase zaman persekolahan memang seronok. Tukar-tukar surat, buat date lepas habis prep, beli hadiah time besday, dapat coklat. Walaupun ia cuma cinta untuk seketika waktu tetapi nikmatnya bercinta zaman sekolah dapat aku rasa. Dan aku pasti semua orang pernah mengalaminya mase zaman sekolah dulu kan. Aku mase darjah 6 dah ade orang admire kat aku. Kalau diingatkan balik rase macam klakar plak. Tapi mase tu aku tak layan cinta-cinta ni. Tapi masuk je form 1, mase tu baru aku kenal perempuan. Rase ingin berkasih dan merasai untuk disayangi.( cam vavi ayat )
+++++++++++++++++
Aku rase macam nak kembali balik zaman persekolahan dulu. Banyak nostalgia yang mampu buat aku tersenyum seorang diri jika diimbaukan balik zaman aku sekolah dulu. Aku kat sekolah dulu jahat n nakal. Berapa kali masuk bilik disiplin. Boleh katakan semua warden kenal aku. Kalau nak diikutkan kes aku ni boleh dikategorikan sebagai WANTED bagi pihak polis. Banyak sangat keje setan yang pernah aku buat. Tapi setan2 n nakal2 aku pun, ade awek still nak admire kat aku bhai! Lu jangan main gile, jangan pandang gua sebelah mate je. Laku jugak aku mase sekolah dulu!
++++++++++++++++++
Sebenarnya bukan aku nak cerita pasal kes-kes setan pernah aku buat mase kat sekolah dulu. Itu lain mase aku story kat korang. Aku nak cite pasal first awek atau secara spesifiknya cinta monyet yang pertama dalam sejarah hidup aku. Kebetulan semalam bersamaan 17.3.2011 besday dia jadi aku nak cerita sikit fasal kisah cinta monyet antara aku dan dia.

Sebelum aku apply dia jadi makwe aku or dalam bahasa mudah, aku nak ajak dia couple, aku ayat r dia sikit. Mase tu ilmu playboy n ilmu tackle menakle awek ni aku belum khatam lagi jadi aku hanya guna sumber2 yang aku sendiri tidak pasti betol ke tak iaitu tanya pendapat member2 aku.

Aku: poje, aku suka kat budak ni. Tapi mu rase dia suka tak kat aku?
Poje: gilo mu, kalu aku jadi orang puan, aku pun nok kat mu. ( shittt, ayat menganjing )
Aku: series la gile, aku tanya betol2 ni. Aku takut jugak kalau dia xsuka kat aku nanti.
Poje: aku rase dio pon suka kat mu. Aku kenal dio, aku tau dio jenis lagu mano. Aku baik ngan dio dulu pi. ( name manje gua ngan kenalan rapat n family gua )

Ok stop! Sebenarnya panjang lagi aku dok mintak pendapat member aku tu tapi cukup la sekadar mukadimahnya saje.

Poje ni kawan baik aku mase skolah kat asrama penuh dulu. Dia jugak banyak mengajar aku buat keje2 setan ni. Poje ni orang besut. Bahasa kelatan beliau usah dipertikaikanla. Memang xlari! Tapi korang jangan ingat budak2 jahat n nakal ni hati budinya xbaik. Sebab aku tau dan aku banyak berkawan dengan budak2 mcm ni dulu2. Berbalik pada cite fasal awek pertama aku ni. Ok2, straight to da point!

Mase tu lepas abih prep malam. Aku pergi jupe dia kat kelas dia. Mase ni aku form 2. Aku pun luahkan la segala isi hati yang terbuku selama ini. ( ayat macam celake ) Dia tak tolak. Dan dia cakap yang dia pun suka sama gua. ( masa ni hati dah berbunga-bunga suka ) aduhhh, tak tido malam den dibuatnyo!

Lepas pada tu korang paham2 sendiri la kan. Surat-menyurat kalahkan posmen mase tu. Siap dengan kad bunga buatan tangan, simbolik cinta syling 50 sen dekat surat, wangian surat dengan perfume toksah cakaplah, benda basic nak tambak hati. Diari cinta. Gambar2 kenangan. Banyak siot! Maklumlah aku sekolah asrama penuh jadi tiap2 hari akan jupe. Dah jupe tiap2 hari tu tapi surat-menyurat macam sorang duduk jepun, sorang duduk Malaysia. Nostalgia bhai! Memang syok time tu.

Tapi cinta monyet ni tak lama kan. Dalam seribu, ade sorang dua yang akan kekal. Ni fakta bukan auta!

Jadi aku rase cukuplah sekadar aku buat kenangan cinta monyet antara aku dengan si dia ni. Buat apa dicerita, bahagia, sedih, ketawa, kite yang rase.

Aku nak mintak maaf kat dia sebab banyak buat dia menangis mase aku kapel ngan dia dulu. Yela, mase tu aku xpernah nak serius sebab aku tak tau apa tu erti cinta. Betol kate puan Hashimah (mak yang paling aku sayang) perempuan ni kalau dia dah suka kite, dia akan sayang kite betol2. Dan perempuan dengan air mata memang tak dapat nak dipisahkan. Kadang2 benda kecik pun nak nangis kang.  Tapi sebenarnya air mata merupakan senjata orang perempuan. Kite tengah berapi nak marah tiba2 dia nangis, mesti hati kite slow2 rase sejuk n berasa kasihan terhadap dia kan.  Sesungguhnya, Allah telah itu maha adil kerana memberikan kite sekeping hati yang tidak ternilai harganya!

Hepi besday ex-girlfriend, my first cinta dekat sekolah n orang yang pernah memberikan kenangan cinta yang pastinya aku ingat sampai bile2. Terima kasih Najiah Ali. 
ni gambar mase aku pergi kenduri kawen kawan satu sekolah aku dulu. terjumpa dengan si awek yang pernah menjadi cinta monyet aku mase kat sekolah. comel kan si awek ni! dah besar panjang. dulu mase skolah kecik je. haha..neway, hepi beday to u najiah ali! may god bless u always.....=)

p/s--bile awak dah kawin nanti jemput saya k..

6 Mac 2011

try to stop it!

ape yang bez sangat rokok sebenarnya? sekarang baru aku terpikir betapa ruginya aku merokok. nak stop smoking payah beb! try and always try to quit smoking but its realy hard to do. sebelom ni aku pernah stop smoking but just one month. huhu. memang xkental langsung hati aku ni. susah beb! susah sangat2. bila dh terjerumus ngan rokok ni memang 1 perkara yang susah kita nk stop it. kadang2 aku tanamkan dalam hati aku, "nak behenti, nk behenti" tapi memang susah bagi aku.

before this aku behenti selama sebulan. sebulan je! aku kira cubaan paling lame dah tu. bila bergaul ngan member2, bau asap memang xdapat tahan. sesape yang smoking memang tau penangan rokok ni pada diri. xdapat isap 1 hari, memang xlena tido la. aku isap balik sebab time tu ade sket prob kan. kepala tengah serabut n than i chose to smoke again. lantak la. heee!

sebab smoking, aku pernah kantoi ngn parents aku. teruk la kena belasah kan. tapi aku ni jenis nakal & keras kepala. pernah aku berjanji kat parents aku xnak merokok n than aku buat jugak. mase skolah asrama penuh kt kuala lipis, aku 2 3 kali jugak kena gantung akibat merokok. buruknya perangai!! haha. tapi sebenarnya beb benda tu sume aku rase banyak bagi aku pengajaran n buat aku terfikir baik buruk sesuatu perkara yang kita lakukan. kadang-kadang kite xsedar tau sebenarnya dari kesilapan yang kita buat boleh mematangkan fikiran kita. ni bagi aku la. sebab aku rase selama aku hidup memang banyak aku menyusahkan mak ayah aku terutamanya masa aku sekolah.

rokok memang menyusahkan hidup aku! wadepak betol la. sumpah aku cakap niat nk stop tu memang ade cuma aku x dapat nk penuhinya lagi. aku cuma tau 1 je beznya rokok ni. nampak cool time isap. betol ke?? sebab member2 aku selalu cakap macam tu. isapla rokok bro, baru nampak macho. sebenarnya nak behenti boleh kan cuma kena berusaha untuk menjauhkan diri dari rokok. masalahnya sekarang aku xleh lari dari rokok. nak2 bila lepas makan nasik. confirm cari rokok. duit ade 10 ringgit dalam wallet. xde benda lain yang akan dibelinya dulu. mesti rokok. lau x percaya tanye la sape2 yang isap rokok.

diam x diam, sedar x sedar dah 7 tahun lebih rasenya aku dikategorikan sebagai perokok. huhu. shit! i want stop it. give me a briliant point to make me stop smoking plezzzzz. kalu ade gurl macam lisa surihani suruh aku stop smoking, think twice beb! sape lebih penting, rokok ke lisa surihani.

mungkin sudah tertulis di suratan takdir yang aku akan jadi perokok. nak buat macam mana kan. tapi x mustahil jugak yang aku akan stop smoking satu hari nanti. esok lusa, sape tau ape yang akan terjadi kan. xpayah cakap pasal bahaya rokok ni sebab sume orang dah tau.so, the end of conversation. udah-udah la tu merokok, xbaik untuk kesihatan! hehe

cool kan smoking! never ever to try it


p/s--nak seribu daya, xnak seribu dalih. its realt hard to stop it but xde benda yang mustahil kan dalam dunia ni. try n always try. insyALLAH!!