17 Mac 2011

cinta monyet dan sekolah

Cinta monyet memang sinonim kan dengan zaman sekolah. Waktu bercinta mase zaman persekolahan memang seronok. Tukar-tukar surat, buat date lepas habis prep, beli hadiah time besday, dapat coklat. Walaupun ia cuma cinta untuk seketika waktu tetapi nikmatnya bercinta zaman sekolah dapat aku rasa. Dan aku pasti semua orang pernah mengalaminya mase zaman sekolah dulu kan. Aku mase darjah 6 dah ade orang admire kat aku. Kalau diingatkan balik rase macam klakar plak. Tapi mase tu aku tak layan cinta-cinta ni. Tapi masuk je form 1, mase tu baru aku kenal perempuan. Rase ingin berkasih dan merasai untuk disayangi.( cam vavi ayat )
+++++++++++++++++
Aku rase macam nak kembali balik zaman persekolahan dulu. Banyak nostalgia yang mampu buat aku tersenyum seorang diri jika diimbaukan balik zaman aku sekolah dulu. Aku kat sekolah dulu jahat n nakal. Berapa kali masuk bilik disiplin. Boleh katakan semua warden kenal aku. Kalau nak diikutkan kes aku ni boleh dikategorikan sebagai WANTED bagi pihak polis. Banyak sangat keje setan yang pernah aku buat. Tapi setan2 n nakal2 aku pun, ade awek still nak admire kat aku bhai! Lu jangan main gile, jangan pandang gua sebelah mate je. Laku jugak aku mase sekolah dulu!
++++++++++++++++++
Sebenarnya bukan aku nak cerita pasal kes-kes setan pernah aku buat mase kat sekolah dulu. Itu lain mase aku story kat korang. Aku nak cite pasal first awek atau secara spesifiknya cinta monyet yang pertama dalam sejarah hidup aku. Kebetulan semalam bersamaan 17.3.2011 besday dia jadi aku nak cerita sikit fasal kisah cinta monyet antara aku dan dia.

Sebelum aku apply dia jadi makwe aku or dalam bahasa mudah, aku nak ajak dia couple, aku ayat r dia sikit. Mase tu ilmu playboy n ilmu tackle menakle awek ni aku belum khatam lagi jadi aku hanya guna sumber2 yang aku sendiri tidak pasti betol ke tak iaitu tanya pendapat member2 aku.

Aku: poje, aku suka kat budak ni. Tapi mu rase dia suka tak kat aku?
Poje: gilo mu, kalu aku jadi orang puan, aku pun nok kat mu. ( shittt, ayat menganjing )
Aku: series la gile, aku tanya betol2 ni. Aku takut jugak kalau dia xsuka kat aku nanti.
Poje: aku rase dio pon suka kat mu. Aku kenal dio, aku tau dio jenis lagu mano. Aku baik ngan dio dulu pi. ( name manje gua ngan kenalan rapat n family gua )

Ok stop! Sebenarnya panjang lagi aku dok mintak pendapat member aku tu tapi cukup la sekadar mukadimahnya saje.

Poje ni kawan baik aku mase skolah kat asrama penuh dulu. Dia jugak banyak mengajar aku buat keje2 setan ni. Poje ni orang besut. Bahasa kelatan beliau usah dipertikaikanla. Memang xlari! Tapi korang jangan ingat budak2 jahat n nakal ni hati budinya xbaik. Sebab aku tau dan aku banyak berkawan dengan budak2 mcm ni dulu2. Berbalik pada cite fasal awek pertama aku ni. Ok2, straight to da point!

Mase tu lepas abih prep malam. Aku pergi jupe dia kat kelas dia. Mase ni aku form 2. Aku pun luahkan la segala isi hati yang terbuku selama ini. ( ayat macam celake ) Dia tak tolak. Dan dia cakap yang dia pun suka sama gua. ( masa ni hati dah berbunga-bunga suka ) aduhhh, tak tido malam den dibuatnyo!

Lepas pada tu korang paham2 sendiri la kan. Surat-menyurat kalahkan posmen mase tu. Siap dengan kad bunga buatan tangan, simbolik cinta syling 50 sen dekat surat, wangian surat dengan perfume toksah cakaplah, benda basic nak tambak hati. Diari cinta. Gambar2 kenangan. Banyak siot! Maklumlah aku sekolah asrama penuh jadi tiap2 hari akan jupe. Dah jupe tiap2 hari tu tapi surat-menyurat macam sorang duduk jepun, sorang duduk Malaysia. Nostalgia bhai! Memang syok time tu.

Tapi cinta monyet ni tak lama kan. Dalam seribu, ade sorang dua yang akan kekal. Ni fakta bukan auta!

Jadi aku rase cukuplah sekadar aku buat kenangan cinta monyet antara aku dengan si dia ni. Buat apa dicerita, bahagia, sedih, ketawa, kite yang rase.

Aku nak mintak maaf kat dia sebab banyak buat dia menangis mase aku kapel ngan dia dulu. Yela, mase tu aku xpernah nak serius sebab aku tak tau apa tu erti cinta. Betol kate puan Hashimah (mak yang paling aku sayang) perempuan ni kalau dia dah suka kite, dia akan sayang kite betol2. Dan perempuan dengan air mata memang tak dapat nak dipisahkan. Kadang2 benda kecik pun nak nangis kang.  Tapi sebenarnya air mata merupakan senjata orang perempuan. Kite tengah berapi nak marah tiba2 dia nangis, mesti hati kite slow2 rase sejuk n berasa kasihan terhadap dia kan.  Sesungguhnya, Allah telah itu maha adil kerana memberikan kite sekeping hati yang tidak ternilai harganya!

Hepi besday ex-girlfriend, my first cinta dekat sekolah n orang yang pernah memberikan kenangan cinta yang pastinya aku ingat sampai bile2. Terima kasih Najiah Ali. 
ni gambar mase aku pergi kenduri kawen kawan satu sekolah aku dulu. terjumpa dengan si awek yang pernah menjadi cinta monyet aku mase kat sekolah. comel kan si awek ni! dah besar panjang. dulu mase skolah kecik je. haha..neway, hepi beday to u najiah ali! may god bless u always.....=)

p/s--bile awak dah kawin nanti jemput saya k..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan